suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Melampau! Dua pelancong bogel pecut laju skuter ke dalam kolam renang di Bali selepas mabuk

Raymond dan rakannya dikecam kerana tidak menghormati sensitiviti penduduk setempat.

TINDAKAN dua pelancong yang memecut laju skuter dinaiki mereka ke dalam sebuah kolam renang di Bali mengundang kecaman ramai.

Namun kedua-duanya dari Australia menafikan mereka tidak menghormati penduduk di kawasan itu.

Individu dikenali sebagai Raymond RB yang menunggang skuter itu memuatnaik video tersebut di Instagramnya.

Sebaik sahaja video itu tular di media sosial, rata-rata penduduk di Bali menyifatkan perbuatan mereka sebagai agak keterlaluan.

"Alasan saya berbuat demikian kerana berada di bawah pengaruh alkolhol," katanya.

Pada masa sama, Raymond turut menafikan dakwaan bahawa tindakan mereka mencetuskan kemarahan penduduk setempat.

Malah, Raymond menegaskan skuter itu adalah miliknya kerana dia meluangkan empat bulan di Bali setiap tahun.

"Saya tidak peduli ramai orang kata saya tidak matang.

"Saya juga tidak mahu orang fikir ia adalah skuter sewa," katanya.

Ramai rakyat Indonesia turut meluahkan rasa kecewa mereka dengan tindakan melampau dua pelancong tersebut.

"Tolonglah... hormat orang lain," kata seorang netizen. - Mirror.co.uk

bogel, pelancong Australia, Bali

Artikel Lain