suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mabuk punya fasal, bapa 5 anak terbeli 4 nombor plat kenderaan ada maksud lucah

Darren Street menunjukkan dokumen pembelian nombor pendaftaran kereta. Foto Triangle News

SEORANG bapa lima anak terkejut apabila terbeli set nombor pendaftaran kenderaan yang membawa maksud lucah.

Dia melakukan perkara itu ketika mabuk, dan tidak boleh mengubah nombor berkenaan selepas mendaftarnya.

Darren Street membelanjakan empat nombor pendaftaran kenderaan dengan nilau £399 (RM2,143) setiap satu.

Setiap nombor plat itu mempunyai rujukan yang sama berkaitan dengan aksi dan posisi seks.

Bapa berusia 45 tahun itu membelinya dari laman web DVLA dan merasakan dia dapat meraih keuntungan dengan membelinya.

Bagaimanapun, usahanya sia-sia kerana dia tidak dapat menjualnya, malah tidak dapat mendapat semula modalnya.

Dia cuba untuk menjualnya di www.numberplates-4-u.co.uk dan di Facebook, tetapi setakat ini dia belum menemui pembeli. - Mirror




Artikel Lain