suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu hanya mampu dengar jeritan anak ditikam 32 kali, rayu minta tolong menerusi panggilan telefon

Paul merayu ibunya meminta pertolongan ketika kejadian. Foto Daily Record WS

PILU buat seorang ibu apabila hanya mampu mendengar suara anaknya menerusi panggilan telefon, merayu meminta pertolongan selepas ditikam dengan kejam oleh individu tidak dikenali.

Ketika kejadian, Margaret Smith bercakap dengan anaknya, Paul Smith, 28, yang secara tiba-tiba diserang oleh suspek, George McAdam.

Paul yang merupakan penganalisis teknologi maklumat di Universiti Edinburgh ditikam oleh McAdam menggunakan gunting.

Mangsa ditikam sebanyak 32 kali oleh suspek berusia 40 tahun yang baru dibebaskan dari penjara dua minggu sebelum kejadian.

Memetik laporan Daily Record, Paul baru pulang dari waktu rehat makan tengah hari ketika kejadian berlaku.

Pendakwa, Ashley Edwards QC memberitahu Mahkamah Tinggi di Glasgow: "Dia masih bercakap dengan ibunya menerusi panggilan telefon.

"Ibunya mendengar jeritan. Dia mendengar suara anaknya 'Tolong saya... panggil polis, panggil polis."

Margaret kemudian menjerit kepada suaminya untuk menghubungi panggilan kecemasan.

Anaknya bagaimanapun tidak dapat diselamatkan dalam serangan itu. - Mirror



tikam

Artikel Lain