suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak 5 tahun dikurung ibu bapa dalam sangkar kucing sebelum disimbah air panas hingga mati

Lokasi kanak-kanak malang itu dikurung kedua ibu bapanya.

PASANGAN suami isteri dari Singapura didakwa mendera anak lelaki mereka sebelum bertindak membunuhnya dengan kejam.

Mega Abdul Rahman dan Azlin Arujunah masing-masing berusia 27 tahun turut bertindak mengunci anak lelaki mereka berusia lima tahun di dalam sebuah sangkar kucing.

Di situ kanak-kanak itu akan didera sebelum meninggal dunia akibat disimbah dengan air panas.

Kedua-dua tertuduh bagaimanapun menafikan dakwaan membunuh dan mendera kanak-kanak malang itu.

Seminggu sebelum kematian mangsa pada Oktober 2016, tertuduh didakwa menyimbah mangsa dengan air panas menggelegak sebanyak empat kali.

Bukan itu sahaja, tertuduh turut memukul mangsa dengan penyapu dan mengurungnya di dalam sangkar kucing.

Mahkamah memberitahu mangsa mengalami kesan melecur 70 peratus di badan dan tertuduh didakwa sengaja melengah-lengahkan masa untuk menghantarnya ke hospital.

"Kes pembunuhan ini amat tragis. Melihat kepada kesan penderaan fizikal dilalui mangsa, kita tidak boleh bayangkan kesakitan ditanggungnya.

"Dia didera sehingga mati dan tiada sesiapa tampil membantu mangsa dan melaporkan perbuatan kejam ini," katanya.

Tertuduh juga enggan memberikan bukti semasa perbicaraan dijalankan pada Rabu. - Mirror.co.uk

sangkar kucing, simbah, air panas, dera

Artikel Lain