suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesara cedera diserang individu misteri guna bekas abu rokok

Seorang lelaki cedera parah di bahagian kepala selepas diserang individu misteri menggunakan bekas abu rokok. Foto Sunday Mirror

SEORANG pesara cedera parah selepas individu misteri menyerangnya menggunakan bekas abu rokok di rumahnya.

Mangsa, yang enggan dikenali dipukul di kediamannya di Sandy Row, Belfast di Ireland Utara pada Selasa.

Menurut laporan Belfast Live, mangsa masih trauma akibat insiden itu semasa dikunjungi seorang wakil komuniti setempat.

Bercakap kepada Belfast Live, Trever Greer daripada Belfast South Community Resources berkata: "Mangsa keluar pada malam kejadian, dan balik ke rumah. Pada kira-kira pukul 9 malam, loceng pintu berbunyi dan dia membiarkan individu itu masuk, dan sesiapa pun individu tersebut menyerangnya.

"Apa yang saya tahu, dia dipukul menggunakan bekas kaca abu rokok. Dia mengalami cedera parah di bahagian kepala.

"Malangnya, dia tidak dapat mempertahankan dirinya," ujarnya.

Menurut Greer, mangsa merupakan seorang yang disegani dan dihormati dalam kalangan penduduk setempat.

Polis kini sedang menyiasat insiden tersebut. - Mirror UK


serang, cederam bekas abu rokok

Artikel Lain