suria

Pengantin terpaksa berhutang saat akhir, gara-gara syarikat perancang perkahwinan gulung tikar

Pengantin terpaksa meminjam wang pada saat akhir bagi meneruskan majlis perkahwinan mereka. Gambar sekadar hiasan Foto Bernama

BEBERAPA pasangan bakal pengantin menimpa nasib malang dengan kerugian sekurang-kurangnya ratusan pound, selepas sebuah syarikat yang menguruskan majlis perkahwinan mereka ditutup secara mengejut.

Kejadian itu mengakibatkan hari istimewa mereka diadakan tanpa katering, hiasan, tarian menari, persembahan DJ dan sesi galeri foto.

Samantha Cox dan Darrent Bott yang mengendalikan syarikat itu terpaksa menghentikan perniagaan mereka kerana berdepan dengan masalah.

Situasi yang dikongsikan oleh Samantha di halaman Facebook miliknya, turut dibuat permohonan maaf kerana mengecewakan pelangan-pelanggannya.

Menurut laporan Birmingham Live, dia menjelaskan bahwa terdapat rancangan untuk tindakan selepas mendapatkan nasihat perundangan dan kewangan.

Bagaimanapun, ia memberi kesan kepada salah seorang bakal pengantin kerana ia berlaku hanya sembilan hari sebelum majlis perkahwinannya.

Sejak 2017, Helen Hawthorne telah membayar £1,849 (RM9,506) untuk pelbagai perkhidmatan, termasuk hiasan, seorang DJ dan fotografi.

Wanita berusia 40 tahun yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 27 Julai itu menyedari syarikat tersebut mengalami masalah, menerusi dalam talian.

Dia kemudian segera menghubungi pasangan itu bagi mendapatkan jawapan.

Helen memberitahu, kejadian itu membuat dia 'sakit' sehingga tidak lena tidur selama tiga hari.

"Kami berjaya mendapatkan sumber lain tetapi saya marah kerana kami terpaksa meminjam wang daripada keluarga, bagi memastikan majlis perkahwinan diteruskan seperti yang dirancang," ujarnya. - Mirror UK


pengantin, kahwin

Artikel Lain