suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Blogger ditemui mati selepas rakam makan lipan, cicak tokek

Sun membuat siaran langsung makan lipan Khamis lalu.

SEORANG lelaki ditemui meninggal dunia selepas merakamkan dirinya sendiri ketika memakan serangga beracun yang merupakan sebahagian daripada satu permainannya.

Sun,35, ditemui tidak sedarkan diri di bilik rumahnya di Hefei, di daerah Aunhui, China pada Sabtu lalu oleh teman wanitanya.

Sebelum insiden, dia membuat rakaman langsung dirinya sedang memakan lipan dan cicak tokek  bersama alkohol.

Polis mengesahkan Sun ditemui tidak sedarkan diri dan berkata komputer masih berada dalam keadaan live, manakala ‘makanannya’ itu masih berada di atas meja.

Sun yang juga merupakan seorang blogger memperkenalkan permainan baharu memakan serangga.

Sesi terakhir live pada pukul 7.53 malam pada Khamis. Video itu kini sudah dipadam.

Polis kini masih menyiasat punca sebenar yang membuat Sun terbunuh. –metro.co.uk

makan lipan, cicak tokek, mati

Artikel Lain