suria

22 tahun menyamar jadi doktor, beri ubat kepada 164 pesakit

Alemi dipenjara lima tahun Oktober lalu kerana cuba menukar wasiat pesakitnya.

SEORANG wanita telah menyamar menjadi doktor selama 22 tahun.

Zholia Alemi menyamar sebagai pakar sakit jiwa tanpa sebarang kelayakan di Britain.

Di antara tahun 2014 dan 2015, wanita berusia 56 tahun kelahiran New Zealand itu turut memberi ubat kepada 164 pesakit di Norfolk dan Suffolks Foundation Trust.

Salah seorang pesakitnya, Darren King,31, mati lemas di tab mandi ketika di bawah penjagaan Alemi.

Ayah lelaki itu, Gavin percaya anaknya masih hidup jika wanita itu mengambil tindakan.

"Kami mahu mengalihkan tab mandi itu," jelasnya.

Kempen menyelamatkan Norfolk dan Suffolkd Mental Health Service berkata: "Sangat mengejutkan apabila doktor palsu memberi preskripsi ubat-ubatan kepada 164 pesakit."

Alemi dipenjara selama lima tahun Oktober lalu apabila dia cuba menukar wasiat pesakitnya di Carlisle, Cumbria. - mirror.co.uk

Doktor palsu

Artikel Lain