suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak main Fortnite 10 jam sehari untuk kumpul dana bantu bapa hidap kanser

Bapa kanak-kanak ini disahkan menghidap kanser usus dubur pada tahun lalu.

JIKA ramai yang memandang serong terhadap permainan seperti PUBG dan Fortnite, kanak-kanak ini pula menggunakannya untuk tujuan yang begitu mulia.

Berasal dari Kanada, kanak-kanak itu membuat penstriman langsung (live streaming) dia bermain Fortnite untuk mengumpul dana.

Dia membuat penstriman itu selama sepuluh jam sehari.

Ia bagi mencari wang tambahan untuk membiayai bapanya yang menghidap kanser.

Malah, bapanya turut muncul dalam penstriman itu untuk menjelaskan keadaan kesihatannya.

Dia didiagnos menghidap kanser usus dubur tahap tiga pada September tahun lalu.

Ujar kanak-kanak itu, dia memerlukan sejumlah wang untuk rawatan bapanya. - Bored Panda.

Artikel Lain