suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahli politik puji kecekapan juruterbang elak lori tangki, tak sedar video diambil dari permainan GTA V sahaja

Video permainan GTA V yang mengelirukan seorang ahli politik Pakistan. FOTO: The UiGamer.

DISEBABKAN kecanggihan teknologi, kita kadang-kala tidak dapat membezakan sesuatu perkara.

Begitu jugan dengan video ini yang mana ia mengelirukan seorang ahli politik dari Pakistan.

Ia memaparkan sebuah lori tangki yang memasuki landasan sewaktu kapal terbang sedang mendarat.

Biarpun nyaris berlanggar, ia berjaya mendarat dengan selamat.

Ahli politik tersebut menyangka ia video yang betul sebelum membuat perkongsian di Twitter.

Tindakannya yang memuji kecekapan juruterbang dalam video itu ternyata menjadi jenaka orang ramai.

"Seseorang tolong ceritakan perkara sebenar kepada dia," ujar seorang pelayar Twitter.

"Tuan ini video dari game GTA V," tulis seorang lagi individu. - Bored Panda.

ahli politik, GTA V, jenaka

Artikel Lain