suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penerbangan tergendala 7 jam, wanita jadi satu-satunya penumpang dalam pesawat yang diterbangkan anak sendiri

Ryan McCormick bersama ibunya, Mary McCormick.

PERKONGSIAN seorang juruterbang mengenai ibunya ternyata menarik perhatian ramai.

Menurut Ryan McCormick, ibunya, Mary McCormick  menjadi satu-satunya penumpang yang tidak membatalkan tiket setelah pesawat yang sepatutnya dinaiki, tergendala selama tujuh jam.

"Selepas tujuh jam terlewat, semua penumpang tempah tiket lain kecuali emak saya.

"Ianya pengalaman yang hebat untuk jadi pemandu peribadi dia, emak saya dapat menikmati keseluruhan pesawat untuk dia sahaja," ujar Ryan.

Menurut ibunya, dia tidak sanggup membatalkan tiket penerbangan itu memandangkan dia tahu ia bakal diterbangkan oleh anaknya sendiri.

Laman sosial milik Ryan turut dipenuhi komen-komen yang memuji tindakan ibunya. - Bored Panda.

Artikel Lain