suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hina pelancong tidur di lapangan terbang, menteri mulut celupar dihentam orang ramai

Keadaan segelintir pelancong yang tidur di Lapangan Terbang Goa, India.

SEORANG menteri dari Parti Goa Forward di India menerima kecaman ramai atas kenyataannya yang menghina pelancong.

Menurut Durgadas Kamat, tindakan pelancong yang tidur di kawasan lapangan terbang disifatkannya sebagai perbuatan murahan.

"Lapangan Terbang Goa perlu bertindak. Kenapa kita perlukan pelancong murahan di Goa?

"Kita tak perlukan mereka untuk melawat Goa, kita perlukan pelancong yang berkualiti," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, pelayar Twitter turut menyelar kenyataan berkenaan.

Malah, netizen turut memberi cadangan agar menteri itu fokus dalam membina fasiliti untuk kemudahan orang ramai. - India Today.

Artikel Lain