suria

Budak 4 tahun mati lemas dalam kereta, bapa terleka niat mahu tinggal seketika sahaja

Mangsa meninggal dunia selepas tiga hari dirawat di hospital. FOTO: Getty Stock.

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia empat tahun meninggal dunia akibat lemas ditinggalkan di dalam sebuah kereta.

Dia mengembuskan nafas terakhir selepas tiga hari menerima rawatan di sebuah hospital kanak-kanak di Croatia.

Bapa mangsa yang berusia 33 tahun dikatakan membiarkan anaknya tidur di dalam kereta sewaktu dia pergi beekrja di sebuah salun rambut.

Dia pada mulanya mahu meninggalkan anaknya selama 15 minit sahaja.

Namun dia terleka sebelum ia berlarutan selama dua jam.

Menurut laporan, mangsa lemas akibat kepanasan dalam kereta dengan suhu 40 darjah celcius.

Dia turut mengalami kecederaan otak dan hati akibat kejadian berkenaan. - Daily Star.

lemas, kepanasan, bapa, leka

Artikel Lain