suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Juruterbang cemas, dron hampir langgar pesawat sewaktu pendaratan

Kejadian itu berlaku pada 11 Februari lalu di Lapangan Terbang Manchester, England.

SEORANG juruterbang mendedahkan detik cemas sewaktu sebuah dron hampir melanggar pesawat kendaliannya sewaktu mendarat di Lapangan Terbang Machester, England.

Insiden itu dilaporkan berlaku pada 11 Februari lalu.

Menurut laporan daripada Lembaga Lapangan Terbang United Kingdom (UK), insiden itu diletakkan dalam kategori berbahaya kerana ia hampir berlanggar dengan pesawat.

Pesawat Aribus A319 itu sedang terbang pada ketinggian 1,005 meter sewaktu kejadian.

Menurut laporan itu lagi, dron berkenaan berada sekitar 9.1 meter daripada pesawat yang mana ia disifatkan sebagai berisiko tinggi dan sangat bahaya.

Untuk rekod, larangan menerbangkan dron diperkenalkan susulan insiden di Lapangan Terbang Heathrow, awal tahun ini.

Mana-mana individu tidak dibenarkan untuk menerbangkan dron dalam lingkungan lima kilometer dari lapangan terbang.

Kejadian berkenaan masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa. - Mirror.

juruterbang, Airbus A319

Artikel Lain