suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Letupan di festival muzik Coachella, ada pengunjung lari pakai kain tuala sahaja

KEHANGATAN festival music Coachella digemparkan dengan satu letupan pada hari pertama penganjurannya.

Menerusi rakaman yang dimuat naik ke media sosial, api dilihat marak di kawasan blok bilik mandi yang menjadi tapak inapan ribuan pengunjung.

Salah seorang pengunjung yang berkampung di situ hanya sempat melarikan diri dengan memakai tuala sewaktu kejadian berlaku, dakwa seorang individu di Twitter.

Pasukan keselamatan juga bertungkus lumus mengarahkan orang ramai agar menjauhi api yang sedang marah.

"Kawasan tempat mandi di tapak perkemahan Coachella meletup. Semua orang lari sekarang, ada yang lari dengan tuala sahaja," tulis seorang individu di Twitter.

Festival tahunan itu berlangsung selama dua minggu di Lembah Coachella, Gurun Colorado, California.

Antara barisan artis yang membuat persembahan dalam festival itu termasuklah kumpulan popular Korea Selatan, Blackpink dan bintang sensasi Ariana Grande. - Mirror.

coachella, blackpink, ariana grande

Artikel Lain