2 wanita dirogol, diugut dengan video aib mati mengejut beberapa hari selepas kejadian

Dua mangsa dirogol dan dirakam video dalam dua kejadian berasingan. FOTO: Dhaka Tribune

LIZZIE Gillespie dan Jenna Johnson, masing-masing dari Thurso, Scotland dirogol dalam dua kejadian berasingan.

Persamaan mereka, kedua-dua insiden dirakam dalam bentuk video dan mereka meninggal beberapa hari kemudian.

Lizzie dirogol pada 2017 manakala Jenna dirigol pada 2018.

Selain diperlakukan kejam, mereka turut diugut akan disebarkan rakaman tersebut.

Susulan itu, Lizzie ditemui mati pada satu pagi, selepas rakaman aib dirinya dipaparkan kepada komuniti setempat di kawasan tempat tinggalnya.

Dia meninggal akibat bunuh diri.

Selain dirogol dan dirakam, Lizzie dan Jenna dikatakan diberi dadah oleh si pelaku.

Dalam pada itu, mangsa kedua, Jenna sempat membongkarkan identiti pelaku kepada rakan dan adiknya sebelum dia meninggal dunia.

Menurut rekod Daily Star, suspek pernah terlibat dalam kejadian bunuh melibatkan seorang lelaki pada 2013.

Lebih mengejutkan, salah seorang daripada dua suspek dikatakan sudah meninggal dunia. - Daily Star.

Artikel Berkaitan

Artikel Lain