suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kapal angkasa Israel terhempas, gagal mendarat di permukaan bulan

Rakaman sewaktu kapal itu dilancarkan Februari lalu.

PERCUBAAN pasukan dari Israel, SpaceIL untuk mendarat di permukaan bulan gagal apabila kapal angkasa itu terhempas.

Ia disahkan pada Khamis bahawa misi itu telah gagal menerusi acara penstriman langsung syarikat itu.

"Kapal angkasa kami mengalami kegagalan.

"Kami gagal mendarat dengan selamat," ujar Opher Doron, ketua pengarah program Industri Aeroangkasa Israel.

Jika ia berjaya mendarat, kejayaan itu akan tercatat sebagai satu rekod baharu yang mana ia sebelum ini pernah dicapai oleh negara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Kegagalan untuk mendaratkan pesawat itu di permukaan bulan berpunca daripada enjin utama.

Misi itu merupakan usaha sama antara SpaceIL dengan Industri Aeroangkasa Israel.

Misi itu bermula Februari lalu apabila ia dilancarkan dengan roket SpaceX Falcon 9. - Indipendent.

kapal angkasa, bulan, spaceIL

Artikel Lain