suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemburu UFO dakwa lihat kelibat makhluk asing di gurun

KEWUJUDAN makhluk asing sering diperkatakan, malah sudah banyak bukti mengenainya telah dikemukakan.

Apa yang menjadi isu, adakah ia benar atau bukti-bukti itu direka semata-mata.

Tolak ke tepi hal itu, terbaharu tular pula satu video yang memaparkan makhluk asing di sebuah gurun di New Mexico, Amerika Syarikat.

Dirakam pada 8 April lalu, rakaman berkenaan dimuat naik ke laman Youtube konspirasi, The Hidden Underbelly 2.0.

Video berkenaan dirakam oleh pasukan pemburu UFO, Mutual UFO Network (Mufon) sewaktu mereka berada di Gurun Chihuahuan baru-baru ini.

Menurut Mufon, makhluk asing itu tidak dapat dilihat oleh jurukamera sewaktu kejadian sebaliknya hanya disedari setelah mereka menonton semula rakaman tersebut.

Makhluk asing itu kelihatan menutup wajahnya dengan tangan sewaktu kamera bergerak ke arah kedudukannya. - Daily Star.

makhluk asing, konspirasi

Artikel Lain