suria

Penyanyi cuba pecah rekod Guinness nyanyi 106 jam berturut-turut, tapi kecewa tak layak

Cubaan Carlos Silver untuk mencatatkan rekod menyanyi lagu paling lama gagl. Foto Facebook Carlos Silver

SEORANG penyanyi menyanyi selama lebih 100 jam tanpa henti untuk mencipta rekod Guiness menjadi sia-sia apabila percubaannya itu dibatalkan.

Inilah yang berlaku kepada penyanyi Dominican Carlos Silver selepas menyanyi selama 106 kali berturut-turut dalam usaha untuk menetapkan rekod dunia baharu, tetapi percubaannya telah dibatalkan oleh Guinness.

Minggu lalu, Dominican Carlos Silver menyanyi lebih 5,000 lagu dalam usaha untuk memecahkan rekod Guinness, bagi mengatasi rekod seorang penyanyi India, Sunil Waghmare pada 2012 yang menyanyi selama 105 jam berturut-turut. 

Ia merupakan percubaan kedua Silver untuk mencatatkan rekod nyanyian paling lama di dunia oleh seorang individu, selepas percubaannya gagal pada 2016.

Carlos Silver mengakhiri persembahan hari kelimanya dengan menyanyi selama 106.7 jam, lebih satu jam berbanding rekod yang dicatatkan Waghmare.

Bagaimanapun, kegembiraannya tidak lama dan bertukar kecewa apabila pegawai Guinness mengatakannya dia tidak layak kerana melanggar syarat ketat agensi itu.

Menurut Guinness Records, bukti video daripada persembahan Carlos Silver menunjukkan penyanyi itu mengambil rehat sehingga 2 minit antara lagu-lagu, di mana peraturannya hanya membenarkan rehat selama 30 saat antara lagu.

Walaupun Carlos Silver tidak menafikan dia kadang-kadang mengambil masa rehat yang lebih lama, dia mendakwa turut terus menyanyi lagu lain serta-merta, di mana masa itu boleh digantikan kepada waktu rehat yang lain. 

"Saya memberi Guinness tambahan 6,420 saat, dan mereka mengambil rekod saya kerana mengambil masa rehat lebih 30 saat antara beberapa lagu," kata Carlos Silver yang kecewa dalam temuramah, merujuk kepada beberapa saat dia mengalahkan rekod Waghmare.

Beliau berkata, pegawai Guinness terlalu berkira dari segi pengiraan itu dan mereka seharusnya memahami bahawa dia adalah manusia, bukan robot. - odditycentral

Guiness, Carlos Silver

Artikel Lain