suria

Lebih 700 jam, model Rusia penuhi impian hiasi 2 juta kristal Swarovski pada kereta mewah

Lebih 700 jam diperlukan untuk melekat kristal Swarovski di seluruh kereta mewah Daria.

TIDAK lama untuk sesebuah gambar itu menjadi tular terutama memang ramai yang begitu obses dengan kereta mewah.

"Kilauannya pasti akan menarik perhatian ramai di jalan raya nanti," demikian antara komen yang diterima selepas memuat naik gambar Lamborghini bersama model Rusia.

Tentunya peminat kereta akan tampil dengan gaya tersendiri untuk nampak menawan dan lain daripada yang lain.

Bagaimanapun, model Instragram Rusia, Daria Radionova melakukan kelainan apabila menghiasi Lamborghini dengan kristal Swarovski.

Daria Radionova memilih DAR 11A untuk nombor plat Lamborghini istimewa itu.

Menerusi posting media sosialnya, jelitawan itu mengambil masa dua bulan dan lebih 700 jam untuk menghiasi kereta mewah itu sebelum ianya menjalar di jalan raya.

Ternyata usahanya membuahkan hasil apabila ia menarik perhatian ramai hingga ramai yang merakam gambarnya di mana saja ia berada.

"Sebanyak dua juta kristal dilekatkan secara manual pada kereta berkenaan," katanya mengenai kereta dengan nombor plat DAR 11A itu.

Laporan Daily Mail pula menyebut, kenderaan itu ditampilkan kepada umum di Knightsbridge, London.-IndiaExpress.com


Swaroski, kristal, Daria, Rusia

Artikel Lain