suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak mampu bayar bil elektrik, lelaki bunuh diri tinggalkan nota sindiran

Gambar sekadar hiasan.

SEORANG lelaki bertindak membunuh diri selepas tidak mampu untuk membayar bil elektrik.

Menurut pendengaran inkues di Mahkamah Koroner Derby dan Derbyshire di United Kingdom, dia meninggalkan nota bunuh diri berbaur sindiran 'berterima kasih' kepada ketua agensi yang memberi bantuan kepada golongan berpendapatan rendah.

Brian Sycamore, 62, mengalami masalah untuk mendapat bantuan berkenaan.

Adiknya, Henry Sycamore memberitahu inkuest pada Khamis bahawa kesukaran itu menjadi pencetus utama abangnya membunuh diri.

Menurut laporan Derbyshire Live, Brian ditemui mati dengan sejumlah pil yang banyak di meja tepi katil mangsa pada 30 September 2017.

Pada pendengaran inkues itu juga, seorang anggota polis meninggalkan nota di dalam telefon Brian yang tidak berkunci. - Mirror UK

bunuh diri

Artikel Lain