suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kecoh penumpang nampak ‘UFO berpecah enam bahagian’ dari tingkap pesawat

Rakaman dibuat oleh sebuat penumpang dari tempat duduk di tepi tingkap pesawat. Foto Pen News/Lucas Kim

PENUMPANG dalam satu penerbangan dikejutkan dengan kemunculan 'objek terbang' yang kemudian berpecah kepada enam bahagian.

Misteri objek terbang tidak dikenali (UFO) itu dirakamkan oleh sebuah penumpang.

Ketika kejadian, Lucas Kim dalam penerbangan dari Seoul, Korea Selatan ke Thailand.

Menerusi tingkat pesawat, dia pada mulanya ia adalah pesawat lain yang terbang berdekatan.

"Pada mulanya, saya sangka ia mungkin pesawat lain.

"Saya fikir juga jarang-jarang untuk melihat pesawat lain terbang dekat pesawat yang kita naik," katanya sambil menambah dia kemudian merakamkan objek tersebut menggunakan telefon pintarnya.

Objek terbang misteri yang dilihat secara dekat. Foto Pen News/Lucas Kim

Namun sesuatu yang berlaku selepas itu menimbulkan tanda tanya pada Lucas.

"Bila saya cuba lihat betul-betul, ia bukan sebuah pesawat, tetapi enam kenderaan berasingan. Ia seperti kilauan cahaya kuning kehijauan," tambahnya.

Segelintir pihak yang menonton video tersebut memberitahu Lucas bahawa kejadian misteri itu mungkin disebabkan pantulan cahaya daripda sayap pesawat Jeju Air yang dinaikinya.

Bagaimanapun, tanggapan itu tidak meyakinkan Lukas.

"Anda boleh percaya apa saja yang anda mahu, tetapi saya benar-benar fikir saya melihat UFO.

"Perkataan UFO tidak bermaksud 100 peratus alien, ia hanya bermaksud objek terbang yang tidak dikenali," ujarnya. - Mirror UK

UFO, Jeju Air

Artikel Lain