suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Denda sehingga lebih RM5,000 jika tak bawa beg tahi anjing

Individu yang membawa anjing mereka berjalan-jalan tanpa beg najis haiwan akan dikenakan denda. Foto Getty Images/Cultura RF

PIHAK berkuasa tempatan di sebuah kawasan di United Kingdom (UK) mengambil pendekatan baharu terhadap mana-mana individu yang salah laku semasa membawa anjing mereka.

Mereka tidak lagi perlu lagi tunggu ditahan kerana membiarkan najis anjing, kerana langkah-langkah pencegahan bagi menangani masalah najis haiwan itu dibiarkan merata-rata.

Seperti di Lincolnshire, UK, individu yang membawa anjing berjalan-jalan perlu menunjukkan bukti mereka mengutip najis haiwan itu dengan membawa beg.

Sesiapa yang didapati berjalan membawa anjing tanpa sebarang beg, mereka akan dikenakan notis sehingga £100 (538) atau denda maksimum £1,000 (RM5,380), sekiranya disabitkan kesalahan.

Pelaksanaan hukuman bagi kesalahan itu berkuat kuasa pada September. - Mirror UK

anjing

Artikel Lain