suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isteri hanya mahu hidup berdua, arah suami bunuh ibu bapanya

Gambar hiasan.

SEORANG wanita mendorong suaminya untuk membunuh kedua ibu bapanya kerana dia mahu hidup berdua sahaja dengan pemuda tersebut.

Suaminya melakukan apa yang diarahkan isterinya apabila memukul ibunya, 66, dengan tukul sehingga mati sebelum membunuh bapanya, 70.

Selepas insiden itu, pasangan tersebut menyembunyikan mayat berkenaan di sebalik dinding rumah mereka.

Bagaimanapun mayat itu ditemui pasukan penyiasat seminggu kemudian.

Lelaki berusia 26 tahun itu manakala isterinya, 23, mengaku bersalah atas pertuduhan membunuh.

Meskipun isterinya tidak melakukan pembunuhan itu, pendakwa menegaskan wanita itu turut bersekongkol kerana dia mendorong suaminya untuk membunuh kedua ibu bapanya.

Mahkamah wilayah Nuremberg-Fuerth menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap pasangan suami isteri itu.

Keputusan itu bagaimanapun tidak boleh dicabar. - Metro.co.uk

bunuh, ibu bapa

Artikel Lain