suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pereka fesyen maut selepas implan payu dara dijangkiti kuman

Ana meninggal dunia pada usia 28 tahun.

SEORANG pereka fesyen meninggal dunia pada usia 28 tahun selepas mengalami jangkitan pada implan payu daranya.

Ana Corona dari Mexico merupakan pereka fesyen kepada selebriti Latin terkemuka termasuk penyanyi Lucero dan Gloria Trevi.

Salah seorang rakan rapatnya, wartawan Nelssie Carrillo berkata Ana mengalami jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan payu dara.

Dia menyalahkan pakar bedahnya di atas kecuaian itu.

Ana menyalahkan pakar bedahnya di atas kecuaian tersebut.

Ana turut mengambil gambar kesan parut terbuka disebabkan pembedahan beberapa hari sebelum kematiannya.

Ramai artis dan selebriti Latin mengucapkan takziah kepada keluarga pereka fesyen muda berbakat itu.

"Saya bertuah kerana mengenalinya dan memakai gaun rekaannya dalam pelbagai majlis.

"Saya sentiasa mengingati kamu," kata aktress Lucero.

Tidak dapat dipastikan sama ada kertas siasatan dibuka atau jika polis sedang menjalankan siasatan terhadap dakwaan terhadap pakar bedah terbabit. - Mirror.co.uk

implan, payu dara, jangkitan kuman

Artikel Lain