suria

Ibu menjerit seperti tiada 'hari esok' selepas anak dicampak dari tingkat 3 pusat beli belah

Kanak-kanak berusia lima tahun itu digegaskan ke hospital. Foto: Twitter

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dicampak dari tingkat tiga sebuah pusat membeli belah terkenal.

Insiden berlaku pada Jumaat petang ketika mangsa bersama ibunya didekati seorang lelaki yang tidak dikenali.

Lelaki tersebut secara tiba-tiba mengangkat kanak-kanak itu dan terus mencampaknya ke bawah.

Menurut saksi kejadian, Brian Johnson: "Dia menjerit. 'Semua orang doa, semua orang doa. Oh Tuhanku, anak saya, seseorang telah mencampaknya'.

"Dia menjerit seperti tiada lagi hari esok. Saya tidak tahu. Semua orang dalam keadaan terkejut," jelas Johnson kepada WCCO.

Mall of America dibuka pada tahun 1992. Foto: Getty Image

Seorang lagi saksi memberitahu bahawa kanak-kanak itu tidak bergerak... dipenuhi darah.

Kanak-kanak malang itu dikejarkan ke Hospital Kanak-Kanak Monnesota di Menneapolis bersama ibunya.

Pihak Polis Bloomington berkata, mangsa mengalami pelbagai kecederaan.

Manakala seorang lelaki berusia 24 tahun ditahan di atas dakwaan serangan.

Bagaimanapun pihak polis tidak mendedahkan identiti suspek.

The Mall of America merupakan sebuah kompleks membeli belah terbesar di Amerika Syarikat ketika dibuka pada tahun 1992 dengan 555 buah premis jualan. -metro.co.uk

campak kanak-kanak, tingkat 3

Artikel Lain