Terlalu malas masuk kelas memandu, lelaki buat lesen guna kertas tulisan tangan

Lesen memandu yang diperbuat daripada kertas tulisan tangan dan ditampal sekeping gambar.

POLIS trafik di bandar Liuzhou, China terkejut selepas menahan seorang penunggang motosikal apabila mendapati lesen memandunya merupakan kertas tulisan tangan.

Lesen tersebut turut ditampal dengan gambar penunggang motosikal itu.

Dokumen rasmi palsu sering berlaku di mana-mana negara, tetapi dalam kebanyakan kes, mereka sedaya-upaya untuk memastikan pemalsuan tersebut kelihatan tulen.

ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan kembar kongsi lesen memandu 20 tahun, ‘kantoi’ kerana botak

Penunggang motosikal bernama Tang itu kelihatan tenang sewaktu ditahan polis dan diminta untuk menunjukkan dokumennya.

"Dia terlalu tenang semasa mengeluarkan lesennya. Kulit lesennya itu seperti yang sebenar, tetapi saya terkejut bila melihat di dalamnya," kata seorang polis trafik kepada Pear Video.

Di dalamnya merupakan sekeping kertas yang diambil dari buku nota sekolah, dengan butiran yang berkaitan serta gambar pemiliknya.

Ditanya polis sama ada ia sekadar gurauan, Tang dengan tenang menjelaskan bahawa dia terlalu malas untuk memasuki kelas memandu untuk mendapatkan lesen.

Dia juga tidak mahu mengeluarkan wang bagi memperoleh lesen itu, maka penyelesaiannya adalah membuat dokumen tersebut sendiri dengan tulisan tangan berbanding tidak mempunyai sebarang dokumen.

"Sudah bertahun-tahun saya menjadi polis, tetapi saya tak pernah lihat lesen memandu seperti ini. Sungguh melucukan," kata salah seorang polis trafik.

Dilaporkan, motosikal Tang dirampas polis akibat insiden itu dan dia diminta untuk membuat laporan di jabatan trafik keesokan hari. - odditycentral


Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain