suria

Kapal mewah ke-4 terbesar di dunia rosak ditimpa kren pembinaan, 8 cedera

Kejadian berlaku pada Isnin lalu.

SEBUAH kapal mewah yang sedang berlabuh di Bahamas, Caribbean, rosak apabila ia ditimpa kren pembinaan.

Kejadian melibatkan kapal Oasis of The Seas yang bernilai £1 bilion (RM5.32 bilion) menyebabkan lapan pelancong mengalami kecederaan.

Kapal empat dek itu merupakan yang ke-4 terbesar di dunia.

Rakaman kejadian yang berlaku pada Isnin lalu turut dimuat naik ke laman Youtube sehingga menerima 6,000 tontonan.

Kesemua lapan mangsa menerima rawatan dan tidak mengalami kecederaan parah.

"Kami kini sedang berhubung dengan pihak pembinaan berhubung insiden itu yang berlaku di lokasi kapal kami berlabuh.

"Kami peka dengan kerosakan yang berlaku dan sedang membuat perkiraan mengenai kerugian yang dialami," ujar jurucakap kapal itu.

Sewaktu diperkenalkan pada 2008, kapal itu merupakan kapal mewah terbesar di dunia. - Daily Mail.

Artikel Lain