suria

Doktor beri preskripsi larang pesakit usia 11 tahun main Fortnite selama 2 minggu

Dr Amir membuat perkongsian mengenai perkara itu di laman Twitter.

APABILA bertemu doktor, pesakit biasanya akan diperiksa, dirawat dan diberi preskripsi ubat-ubatan untuk kembali sembuh.

Namun, lain pula ceritanya melibatkan seorang doktor yang memberi preskripsi berbeza buat pesakit ciliknya.

Menurut Dr Amir Khan, dia tidak memberi sebarang preskripsi ubat sebaliknya hanya membuat larangan selama dua minggu kepada kanak-kanak itu agar dia menjauhi permainan Fortnite dan Minecraft.

Dia kemudiannya berkongsi mengenai perkara itu di laman Twitter bersama lebih 20,000 pengikutnya.

"Preskripsi terbaik yang saya berikan hari ni ialah, seorang budak lelaki berusia 11 tahun dilarang bermain Minecraft dan Fortnite selama dua minggu.

"Ketagihan permainan komputer memberi kesan kepada kehidupannya, saya tulis preskripsi dan menandatanganinya," tulis Dr Amir.

Dalam pada itu, pengikut Twitter Dr Amir turut berkongsi kegusaran mereka mengenai kesan buruk permainan video yang digilai anak muda masa kini.

"Anak saya pun sama. Saya hadkan supaya dia main Minecraft pada hujung minggu sahaja.

"Ia memberi ketagihan dan memberi kesan kepada fokus anak saya," kata seorang pelayar laman sosial berkenaan. - Mirror.

fortnite, minecraft, doktor, game

Artikel Lain