suria

Ribut terbangkan gelongsor angin, 2 kanak-kanak disahkan maut

Gelongsor angin berkenaan yang diterbangkan angin kencang.

KETERUJAAN sekumpulan kanak-kanak yang leka bermain di atas gelongsor angin berakhir dengan tragedi.

Menerusi kejadian di Ningling Wanmu Liyuan Scenic, wilayah Henan, China, pada Isnin, dua kanak-kanak meninggal dunia setelah gelongsor berkenaan diterbangkan angin kencang.

ARTIKEL BERKAITAN: Gelongsor angin meletup, budak maut terpelanting di udara

Sewaktu ribut melanda, gelongsor itu terbang ke udara sebelum ia melantun di atas tanah sehingga terbalik.

Pihak berkuasa turut mengesahkan 20 individu terdiri daripada dua dewasa dan 18 kanak-kanak tercedera dalam kejadian itu.

Namun, polis belum mengumumkan identiti mangsa yang terlibat.

Dalam pada itu, pengendali gelongsor angin berkenaan berkemungkinan akan didakwa atas kecuaian kerana menyediakan tapak yang tidak selamat untuk pengunjung.

Untuk rekod, seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia dalam kejadian sama di Norfolk, England pada Julai tahun lalu.

Pada 2017, seorang kanak-kanak berusia lapan tahun turut cedera parah apabila gelongsor angin yang dinaikinya terbang ke udara. - Daily Star.

gelongsor angin, kanak-kanak, maut

Artikel Lain