suria

Pasangan kembar kongsi lesen memandu 20 tahun, ‘kantoi’ kerana botak

SATU pasangan kembar lelaki di China berkongsi lesen memandu yang sama selama 20 tahun.

Bagaimanapun, nasib malang menimpa mereka apabila tindakan itu dikesan polis, gara-gara salah seorang daripadanya membotakkan rambut.

Media China melaporkan dua pasangan kembar itu dengan nama keluarga mereka Yan, tidak mengalami sebarang masalah berkongsi lesen memandu yang sama sehingga 2017.

Namun, ia terbongkar selepas lesen adik kembar itu digantung kerana memandu di bawah pengaruh alkohol. Disebabkan hal itu, 'lesen' seorang lagi kembar turut digantung.

Ketika kejadian berlaku, adik kembar itu mendapat kembali lesennya, dan mereka terus menggunakan dokumen yang sama. Ini bermakna, jika salah satu lesen digantung, mereka masih mempunyai satu lagi lesen.

Helah mereka dihidu polis apabila salah seorang daripadanya disyaki memandu menggunakan lesen yang digantung.

Ia susulan salah seorang beradik kembar itu menyamar sebagai pasangannya dengan menunjukkan lesen memandu seperti kebiasaan.

Namun berdasarkan pangkalan data polis menunjukkan dia mempunyai pasangan kembar dan disebabkan rambut botak, mereka tidak lagi dilihat sebagai kembar seiras. - odditycentral

kembar, botak

Artikel Lain