suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rambut tersangkut dalam go-kart, budak 5 tahun terkoyak kulit kepala, retak tengkorak

Biarpun sudah pulih, Lani kini menghadapi beberapa masalah kesihatan.

NGERI, begitulah yang dapat digambarkan mengenai nasib yang menimpa seorang kanak-kanak apabila rambutnya tersangkut dalam enjin kereta go-kart.

Menerusi kejadian yang berlaku sewaktu parti sebuah keluarga di Louisiana, Amerika Syarikat (AS) itu, dia mengalami retak tempurung kepala dan terkoyak kulit kepala.

Malah, dia turut kehilangan sebahagian rambutnya.

Sewaktu insiden, keluarga mangsa menggunakan pisau untuk memotong rambutnya yang bergulung dalam enjin kenderaaan mini itu.

Dia dikejarkan ke hospital di Pusat Perubatan Ochsner, New Orleans dan terpaksa dibedah selama lima jam.

"Saya sedang berjalan di hadapan dia sebelum mendengar jeritan.

"Sewaktu Lani mengundurkan badannya, rambut dia terperangkap dalam enjin dan ia menarik Lani ke belakang.

"Sebelah tengorak kepalanya tercedera. Ia terkoyak dari depan hingga belakang ke bahagian leher," ujar ibunya, Macie Gautreaux.

Biarpun sudah sembuh, kemalangan berkenaan menyebabkan Lani menjadi lemah berikutan kecederaan saraf yang dialaminya.

Malah, dia juga kini menghadapi masalah kabur penglihatan akibat kemalangan berkenaan. - Daily Star.

lani, go-kart, cedera

Artikel Lain