suria

Kerana gambar bikini, Instafamous 46 tahun kelihatan lebih 20 tahun muda!

Danielle dikatakan lebih muda daripada usia sebenar menerusi gambarnya berbikini. Foto @travel_a_little_luxe/ Jam Press

SEORANG blogger pengembaraan berusia 46 tahun memberitahu, dia sering disalah anggap sebagai gadis berumur 20 tahun hanya kerana dia memakai bikini yang kelihatan anak-anak muda.

Danielle Greentree yang mempunyai lebih 91,000 pengikut di Instagram, menyatakan rahsia penampilannya adalah aktiviti kecergasan, pemakanan sihat dan baka yang baik.

Sejak tiga tahun lalu, dia mengemaskini gambar-gambar pengembaraannya di akaun Instagram.

Dia telah berkunjung ke lebih 70 negara, dengan destinasi kegemarannya adalah Maldives, Peru, Bora Bora dan Itali.

Halaman Instagramnya dipenuhi dengan foto-foto pemandangan indah destinasi percutian eksotik, dengan menjanjikan perairan dan langit kebiruan.

Instafamous ini telah mengembara ke lebih 70 negara. Foto @travel_a_little_luxe/ Jam Press

Peminatnya sering memuji bentuk badannya yang tidak dimamah usia.

Danielle berkata: "Realiti seorang yang berumur 40an adalah anda tidak bangun pagi dengan muka segar dan tidak lagi kelihatan seperti umur 21 tahun.

"Jadi, jika anda berfikir untuk menjadi personaliti fesyen, gaya hidup atau kembara, anda perlu mempunyai semangat untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

"Sejak menjadi personaliti media sosial, saya lebih sedar mengenai amalan gaya hidup sihat.

"Saya dibesarkan di pantai, dan saya sentiasa sangat sporty dan aktif serta makan secara sihat, jadi bagi saya ia cukup mudah," katanya.

Danielle yang dilahirkan di Sydney, Australia, memulakan akaun Instagram semata-mata untuk mendokumentasikan perjalanan keluarganya ke Maldives. - Mirror UK

Instafamous, bikini

Artikel Lain