suria

Lain daripada yang lain, bangunan ‘sperma gergasi’ bakal dibina

Lakaran artis menunjukkan bangunan The Tulip. Foto SWNS

BANGUNAN pencakar langit yang diberi nama The Tulip (yang juga dikenali sebagai 'sperma gergasi') hampir menjadi kenyataan untuk dibina di London, United Kingdom selepas pemaju menerima kelulusan bagi projek tersebut.

Struktur setinggi 304.3 meter itu yang dibina di Bury Street, London akan menjadi bangunan kedua tertinggi di Eropah Barat selepas The Shard (setinggi 310 meter), 

Bangunannya yang tinggi dengan rekaan unik dilengkapi dengan pelantar pemandangan, bar dan restoran.

Bangunan The Tulip dari pandangan atas. Foto PA

The Tulip dijangka menarik 1.2 juta pelawat setiap tahun apabila dibuka pada 2025.

Pengerusi peraka Foster + Partners, Chris Hayward berkata, selepas perdebatan yang panjang, jawatankuasa bersetuju untuk meluluskan bangunan unik yang menjadi tarikan pelawat.

"Bangunan ini berpotensi untuk memainkan peranan penting dalam menjadikan visi Square Mile untuk mewujudkan bandar yang 'bertenaga' selama 24 jam sehari.

Walaupun terlalu awal untuk meraikan pembinaan bangunan itu, ia dikatakan kelihatan menyerupai 'sperma gergasi'. 

Kejayaan itu disebabkan Datuk Bandar London memberi kelulusan untuk pembinaannya.

Dilengkapi bar, restoran dan pelantar pemandangan. Foto PA

Bagaimanapun, ketua eksekutif Historic England, Duncan Wilson berharap Datuk Bandar London menolak idea itu kerana beliau berpendapat bangunan baharu itu akan menjejaskan pemandangan di kota London. 

"Bangunan iyang direka secara menegak dengan bentuk benjolan di bahagian atas itu didakwa merosakkan pemandangan dan warisan di London.

"Megahnya berdiri Tower of London yang merupakan simbol bandaraya itu bukan sahaja untuk jutaan rakyat London tetapi juga kepada seluruh dunia, dan salah satu lokasi yang menjadi tumpuan itu akan terjejas," tambahnya.- Metro UK

The Tulip, sperma, London

Artikel Lain