suria

Sky News tarik Sky News Australia daripada ke udara selepas ulang tayang rakaman serangan masjid NZ

Foto Marty Melville/AFP/Getty Images

SKY New Zealand yang merupakan pembekal satelit dan kabel (bukan sebahagian daripada agensi berita popular Sky News UK) telah menyingkirkan Sky News Australia daripada ke udara.

Tindakan itu diambil selepas liputan oleh Sky News Australia berhubung insiden tembakan rambang yang berlaku di dua masjid di Christchurch pada Jumaat.

SKY memuat naik tweet untuk menjelaskan tindakan tersebut yang diambil pada hari yang sama.

"Kami menyokong warga New Zealand dan membuat keputusan untuk menyingkirkan Sky News Australia daripada platform kami sehingga kami yakin rakaman menyedihkan tentang insiden semalam (tembakan rambang) tidak akan dikongsikan #KiaKahaChristchurch," tulis tweet tersebut.

Kontroversi tercetus selepas Sky News Australia memainkan semula rakaman serangan oleh pengganas, Brenton Tarrant pada hari kejadian.

Polis New Zealand menasihatkan agar orang ramai tidak menyebarkan rakaman tersebut.

"Kami menggesa agar pautan tersebut tidak dikongsikan.

"Kami sedang berusaha untuk memadamkan sebarang rakaman insiden itu," katanya.

Bagaimanapun, Sky News Australia masih memainkan rakaman itu.

Tweet asal oleh SKY New Zealand telah dipadamkan pada Sabtu dan digantikan dengan penjelasan yang lebih spesifik.

"Kami menyokong warga New Zealand dan bekerjasama dengan rakan sekerja kami di @SkyNewsAust untuk memastikan liputan dibuat tidak berkompromi dengan siasatan yang sedang dijalankan di NZ.

"Kami membuat keputusan pada Jumaat dengan Sky News Australia untuk menggantikan siaran langsung berita dengan sukan," tulis tweet Sky New Zealand.

Jurucakap bagi SKY memberitahu New Zealand Herald, keputusan itu dibuat bagi pihak penonton mereka dan rakyat New Zealand. - The Blaze

Sky News Australia

Artikel Lain