63 jadi korban banjir kilat yang melanda timur Indonesia - Dunia | mStar

63 jadi korban banjir kilat yang melanda timur Indonesia

Kredit gambar Antara Foto via Reuters

ENAM puluh tiga mayat ditemui selepas kejadian banjir kilat melanda timur Indonesia di wilayah Papua pada Sabtu malam.

Operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan bagi mencari mangsa-mangsa yang masih hilang.

Ketua unit kecemasan daripada agensi pengurusan bencana, Cory Simbolon berkata kepada portal berita Xinhua, banjir kilat itu berpunca daripada hujan lebat dan telah meranapkan beberapa bangunan, jambatan serta beberapa infrastruktur lain.

Setakat ini, beberapa penduduk kampung termasuk bayi berjaya diselamatkan.

Namun jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Negara, Sutopo Purwo Nugroho berkata, seramai 21 mangsa mengalami kecederaan serius.

Kesemua mereka dikejarkan ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.

Menurut unit kecemasan agensi bencana wilayah, insiden itu berlaku sekitar pukul 6 petang waktu tempatan dan memaksa 3,000 penduduk melarikan diri ke tempat lebih selamat. - China ORG

banjir kilat

Artikel Lain