suria

Tarrant sempat emel manifesto serangan kepada PM NZ beberapa minit sebelum lancar tembakan

Foto BT

PERDANA Menteri New Zealand, Jacinda Ardern memberitahu bahawa pejabatnya adalah antara penerima manifesto yang dihantar oleh pengganas Christchurch sebelum suspek melancarkan serangan tembakan rambang tersebut.

Ardern memberitahu pemberita bahawa salinan dokumen berkenaan diemelkan ke pejabatnya hanya sembilan minit sebelum serangan masjid itu berlaku.

"Saya salah seorang daripada 30 penerima manifesto yang diemelkan, sembilan minit sebelum serangan di masjid itu berlaku.

"Ia tidak menyatakan lokasi dan butiran secara spesifik.

"Selepas dua minit dokumen itu diterima, ia diserahkan kepada pihak keselamatan Parlimen.

"Jika ia menyatakan butiran terperinci, pasti tindakan segera dapat diambil, namun malangnya tiada maklumat seperti itu dalam emel berkenaan.

"Mengenangkan bahawa ia sebuah manifesto ideologi yang mengandungi pendapat ekstrem tentang serangan ini, sudah tentu ia amat membimbangkan," kata beliau.

Manifesto setebal 74 muka surat itu dipercayai ditulis oleh suspek Brenton Tarrant dan dimuat naik secara online dan menggariskan motifnya yang anti kepada pendatang. - BT UK

Artikel Lain