suria

Simbol terkenal Paris, Sydney dan New York 'berkabung' solidariti kepada New Zealand

SYDNEY Opera House dipasang lampu berwarna perak sebagai solidariti untuk  New Zealand selepas serangan kejam di Christchurch Jumaat lalu.

Bangunan bersejarah yang tersenarai dalam Unesco itu diterangi dengan warna tersebut serta logo New Zealand sebagai 'hormat dan sokong' negara jiran itu selepas 49 terbunuh dalam serangan di dua buah masjid.

Perdana Menteri New South Wales Gladys Berejiklian berkongsi gambar di Twitter dengan mesej: "In unity, with all our love."

Menara Eiffel turut bergelap sebagai tanda hormat kepada New Zealand.

Katanya, 'The Silver Fern of New Zealand' dipasang di Syedney Opera House sebagai simbol perpaduan, hormat dan sokong kepada penduduk di New Zealand.

Sementara itu, Menara Eiffel di Paris juga kelihatan gelap pada Sabtu malam sebagai ingatan kepada mangsa-mangsa yang terkorban dalam kejadian tersebut.

Empire  State Building 

Datuk Bandar Paris Anne Hidalgo berkata: "Sekali lagi, kebencian berlaku terhadap wanita, lelaki dan kanak-kanak kerana mereka Muslim."

Bangunan pencakar langit di Midtown Manhattan, New York juga tanpa cahaya sebagai tanda penghormatan kepada mangsa-mangsa di New Zealand.

Gereja terkenal, Synagogues di New Zealand juga ditutup buat kali pertama sebagai tanda penghormatan kepada semua mangsa. -metro.co.uk

Solidariti, New Zealand