suria

Letusan gunung berapi bawa ancaman tsunami ke AS dan UK

Ia dijangka bakal menghentam AS, UK. FOTO: GETTY/WIKIPEDIA

AMERIKA Syarikat (AS) berisiko dibadai tsunami besar jika gunung berapi Cumbre Vieja di Pulau Canary meletus.

Ancaman itu didedahkan oleh pengkaji bencana alam Universiti Bristol, Profesor Stephen Sparks.

Menurut Sparks, letusan gunung berapi di lokasi itu akan menghasilkan gelombang di Lautan Atlantik.

Malah, ia juga dikatakan bakal memberi impak yang sama seperti yang berlaku di Anak Krakatau, Indonesia minggu lalu.

Selain AS, ia juga dijangka memberi kesan di Eropah dan United Kingdom (UK).

"Kita akan berdepan dengan tanah runtuh berskala besar apabila sebahagian pulau itu ranap ke laut.

"Ia seterusnya akan menghasilkan tsunami dan gelombangnya sangat besar khususnya jika ia membadai pulau-pulau berhampiran.

"Agak sukar untuk meramalkan bagaimana impak tsunami ini di sekitar Lautan Atlantik, di perairian AS atau Eropah, namun ia agak signifikan," kata Sparks.

Selain Sparks, seorang lagi pengkaji dari Institut Pengurangan Risiko dan Bencana, Dr Simon Day turut bercakap mengenai hal itu.

Katanya, gunung berapi itu secara anggaran kasarnya akan meletus antara 50 ke 70 tahun sekali.

Kali terakhir ia meletus pada 1971, dan mengikut perkiraan ia mungkin bakal meletus lagi dalam tempoh tiga tahun akan datang. - Daily Star.

Cumbre Vieja, Stephen Sparks.

Artikel Lain