suria

Ramalan asteroid hentam bumi pada Februari, NASA didakwa cuba sorok kebenaran

Ia didakwa bakal mengentam bumi pada awal 2019. FOTO: Youtube Mr Scientific

NASA sebelum ini pernah membuat pengumuman mengenai asteroid gergasi yang dijangka menghentam bumi pada 2019.

Batuan angkasa yang dinamakan 2002 NT7 itu dikatakan bakal memasuki atmosfera bumi pada kelajuan 60,000 kilometer sejam.

Menurut perkiraan, ia berkemungkinan bakal menghentam bumi pada 1 Februari.

Bagaimanapun, ramalan mengenai asteroid 2002 NT7 itu ditarik serta-merta oleh pihak NASA.

Ujar NASA, mereka akan membuat perkiraan semula dan mengesahkan bahawa ia bukan satu ancaman kepada bumi.

Malah kata NASA, ia bakal melalui bumi tanpa membuat sebarang perlanggaran, dijangka pada 13 Januari ini.

Dalam pada itu, ahli teori konspirasi menyifatkan pihak NASA cuba untuk menutup ancaman berkenaan daripada pengetahuan umum.

Ujar mereka, 2002 NT7 merupakan asteroid yang diklasifikasikan sebagai 'risiko impak positif' yang dipercayai bakal menghentam bumi.

Namun, NASA secara tiba-tiba mengumumkan bahawa ia bukanlah satu ancaman setelah perkara itu menjadi topik perdebatan hangat.

Malah sepanjang 2018 sahaja sebanyak 75 video mengenai asteroid 2002 NT7 dimuat naik ke laman Youtube. - Daily Star.

NASA, asteroid, 2002 NT7

Artikel Lain