suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lawatan zoo bertukar tragedi, kanak-kanak 2 tahun cedera diserang badak

KEGEMBIRAAN seorang kanak-kanak yang dibawa ke zoo oleh ibunya bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dia terjatuh ke dalam kandang badak sebelum diserang haiwan itu.

Menerusi kejadian yang berlaku di Zoo Brevard, Melbourne, petugas keselematan dipanggil ke lokasi sejurus menerima laporan mengenai mangsa.

Kanak-kanak berusia dua tahun itu kemudiannya dikejarkan ke Hospital Kanak-Kanak Arnold Palmer, Orlanda.

Selain mangsa, ibunya turut dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Namun, tiada sebarang laporan dikeluarkan mengenai status kesihatan mangsa setakat ini.

"Sewaktu sesi lawatan hari ini, seorang pengunjung cilik masuk ke dalam kandang badak dan tercedera.

"Pada waktu itu, pengunjung dan badak dipisahkan dengan tiang besi. Namun kata saksi, kanak-kanak itu terjatuh ke dalam kadang sebelum disedari oleh badak itu.

"Keutamaan kami adalah keselamatan dan kebajikan pengunjung, kami bersimpati dengan mangsa," ujar pengarah zoo, Keith Winsten.

Menurut Winsten lagi, pihaknya juga komited untuk memastikan kejadian seumpamanya tidak berulang lagi.

Malah, lawatan ke kandang badak di zoo itu juga dihentikan buat sementara waktu.

Untuk rekod, Zoo Brevard menempatkan empat ekor badak dan pelbagai haiwan lain. - Daily Star.

Zoo Brevard, Badak

Artikel Lain