suria

Beberapa model telefon disekat daripada gunakan Whatsapp mulai hari ini

Gambar hiasan

SESETENGAH pemilik telefon bimbit tidak akan dapat menggunakan aplikasi Whatsapp lagi bermula hari ini (Selasa).

Peranti yang menggunakan sistem operasi (OS) Series 40 tidak lagi disokong pada 2019.

Apa yang merisaukan adalah peranti yang menggunakan S40 OS adalah telefon bimbit yang mahal.

Contohnya, Vertu Signature S berharga sekitar £8,000 (RM42,107) dan kini ia tidak boleh menggunakan WhatsApp.

Menurut laporan Mirror UK, peranti arus perdana seperti Nokia 6300 turut terjejas.

Perubahan ini mungkin tidak menjejaskan sesetengah orang, terutama pengguna berusia yang hanya menggunakan telefon bimbit untuk berbual dengan keluarga dan bukannya menjadikan telefon pintar sebagai kegunaan harian mereka.

Namun, bagi mereka yang berpendapatan rendah, perubahan tersebut mungkin menyusahkan mereka.

Telefon bimbit terakhir yang dihasilkan dan menggunakan S40 adalah Nokia 515 yang dikeluarkan pada 2013.

Menurut Whatsapp, jenis telefon yang terjejas adalah seperti berikut:

Nokia 206

Nokia 208

Nokia 301

Nokia 515

Nokia Asha 201

Nokia Asha 205

Nokia Asha 210

Nokia Asha 230

Nokia Asha 300

Nokia Asha 302

Nokia Asha 303

Nokia Asha 305

Nokia Asha 306

Nokia Asha 308

Nokia Asha 309

Nokia Asha 310

Nokia Asha 311

Nokia Asha 500

Nokia Asha 501

Nokia Asha 502

Nokia Asha 503

Nokia C3-00

Nokia C3-01

Nokia X2-00

Nokia X2-01

Nokia X3-02

Nokia X3-02.5

Whatsapp

Artikel Lain