suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua maut, 41 masih tertimbus tanah runtuh di Sukabumi

Proses mencari mangsa yang masih hilang sedang giat dilakukan.

JAKARTA: Dua disahkan maut manakala 41 orang dilaporkan masih tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Sukabumi, Jawa Barat, yang berlaku Ahad.

Ketua Pusat Data, Informasi dan Hubungan Masyarakat, Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) Sutopo Purwo Nugroho berkata pasukan mencari dan menyelamat masih berusaha mengesan mangsa-mangsa yang tertimbus.

Dalam kejadian 5.30 petang itu, satu petempatan di Dusun Garehong Desa Sirnaresmi Kecamatan Cisolok Kabupaten Sukabumi, Jawa Barat, melibatkan 30 buah rumah tertimbus akibat tanah runtuh.

"Berdasarkan pendataan BNPB setakat ini, dua orang disahkan terbunuh, tiga cedera dan 61 orang kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara," katanya. - BERNAMA

tanah runtuh, Sukabumi

Artikel Lain