suria

Putera William dikritik kerana jarang berinteraksi dengan orang awam di UK & luar negara

Putera William dikritik kerana kurang melakukan penampilan awam. - AFP

GENERASI muda kerabat diraja Britain dikritik kerana kurang melakukan interaksi dengan orang awam pada 2018 berbanding kerabat diraja yang lebih berusia.

Putera William, 36, melaksanakan kurang daripada separuh tugas yang dilakukan oleh bapanya Prince of Wales yang berusia 70 tahun.

Kumpulan anti-pemerintahan beraja, Republic berkata: "Bagaimana pemerintahan beraja boleh bertahan apabila generasi muda mereka tidak boleh melakukan tugas-tugas mudah yang dilaksanakan oleh orang tua mereka?

"Ia bukanlah kerja seperti yang kita sedia maklum. Waktu kerja mereka termasuk menonton perlawanan sukan dan teater.

"Tapi, soalan sebenar adakah angka ini akan meningkat jika William mahu jadi raja?

Putera Charles dikatakan lebih banyak melaksanakan tugas-tugas istana berbanding Putera Willam. - Reuters

"Atau adakah dia hanya melakukan secukupnya sahaja untuk membuat keluarganya gembira?"

William hanya melakukan 220 interaksi di United Kingdom dan luar negara, iaitu jumlah yang dikira oleh pemerhati amatur diraja Tim O’Donovan.

Angka itu dikalahkan oleh kerabat diraja yang lebih berusia termasuk Ratu Elizabeth yang berusia 92 tahun.

Namun, Duke of Cambridge itu juga sibuk bergelar bapa.

Kate pula kembali menggalas tugas-tugas istana pada awal Oktober selepas tamat cuti bersalin anak ketiga mereka, Putera Louis yang lahir pada 23 April. - Mirror UK

Putera William

Artikel Lain