Selepas 30 tahun lumpuh, mangsa nahas pesawat berjalan semula dengan bantuan sut bionik - Dunia | mStar

Selepas 30 tahun lumpuh, mangsa nahas pesawat berjalan semula dengan bantuan sut bionik

TERSELAMAT dalam nahas pesawat 30 tahun lalu, Stephen McCoy terpaksa menggunakan kerusi roda gara-gara kecederaan dalam kejadian itu.

Namun, dia sekali lagi berdepan detik penuh emosi apabila buat pertama kali mencuba sut bionik, sekali gus menjadikan impiannya untuk berjalan semula menjadi kenyataan.

Kejadian melibatkan pesawat British Midland 92 model Boeing 737 itu menyebabkan McCoy lumpuh kedua-dua kakinya.

Selepas kejadian itu, McCoy koma selama tiga bulan.

Selain McCoy, nahas itu menyebabkan 47 penumpang terbunuh manakala 79 lagi cedera sewaktu ia terhempas berhampiran Kegworth pada 8 Januari 1989.

Keadaan pesawat itu selepas ia terhempas pada 1989. FOTO: Daily Record.

Bagaimanapun hasrat McCoy untuk kembali berjalan seperti individu normal lain tidak pernah luntur.

Perkara itu turut diakui adiknya, Yvonne McCoy.

"Dia percaya pada keajaiban. Dia sangat yakin, dia mahu keajaiban besar berlaku iaitu dia mahu berjalan semula," katanya.

Dia kini belajar untuk berjalan dengan menggunakan sut futuristik yang dijana dengan motor eletrik, membolehkan anggota badanya yang lumpuh digerakkan semula.

Kisah McCoy dipaparkan dalam dokumentari di saluran BBC, sempena ulang tahun ke-30 nahas itu.

Yvonne yang juga seorang jururawat mengabadikan hidup untuk abangnya setelah dia lumpuh akibat kejadian itu.

"Ayah minta saya jaga Stephen. Dulu saya tak pasti jika dia boleh keluar dari hospital atau saya mampu jaga dia.

"Harapnya latihan dengan sut itu akan membolehkan keadannya menjadi lebih baik. Dia sangat berani. Malah, dia tidak pernah merungut," kata Yvonne. - Mirror.UK.

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain