suria

'Rapunzel' tak potong rambut 28 tahun

Alena Kravchenko yang mempunyai rambut panjang seperti watak Rapunzel. Foto Instagram alenuwka_

BUKAN fantasi atau animasi, Alena Kravchenko yang berusia 33 tahun merupakan Rapunzel dalam kehidupan realiti kerana mempunyai rambut sangat panjang.

Berasal dari Ukraine, kali terakhir Alena memotong rambutnya adalah semasa usianya lima tahun, iaitu 28 tahun lalu.

Hari ini, rambut Alena mencapai panjang kira-kira dua meter dan terdapat dakwaan mengatakan dia kadang-kadang terpijak rambutnya sendiri.

Ibu Alena sentiasa memberitahunya bahawa kecantikan wanita terletak pada rambutnya. 

Foto Instagram Alenuwka_

Walaupun rambutnya yang terlalu panjang itu memberi masalah kepadanya, tetapi dia tetap yakin apa yang dikatakan ibunya adalah benar.

"Tiada yang lain lebih cantik di dunia ini selain seorang wanita yang mempunyai rambut yang asli dan beralun," kata Alena.

Rambut Alena sudah melepasi separuh badannya semasa memasuki alam remaja, dan ia mencecah pinggang pada awal 20an.

Foto Instagram Alenuwka_

Ia kemudian terus tumbuh sehingga ke paras lutut, sebelum mencecah lantai apabila usianya 30an.

Keadaan itu membuatkan dia sering terpijak rambutnya sendiri. 

Malah, ia menjadi masalah apabila dua anaknya suka bermain dengan rambutnya.

Jadi, Alena mengambil keputusan untuk mengikat rambutnya, dan hanya melepaskannya pada hujung minggu atau sempena majlis istimewa. - odditycentral

Alena Kravchenko, Rapunzel

Artikel Lain