suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bayi 13 bulan cedera, diletak dalam mesin pengering pakaian dan hidupkan suis

Gambar hiasan. Foto Getty/Mirror Online

SEORANG lelaki didakwa meletakkan seorang bayi perempuan berusia 13 bulan di dalam mesin pengering dan menghidupkan suisnya.

Kejadian yang berlaku di Scotland itu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan.

Thomas Dunn didakwa mencederakan bayi berkenaan dan membahayakan nyawanya dua kali dalam tempoh tiga minggu pada musim sejuk yang lepas.

Dunn turut didakwa berulang kali mencederakan bayi lain, dengan meletakkan tangannya ke dalam mulut dan hidung mangsa, menyebabkan mangsa sukar bernafas.

Dia berdepan dengan empat pertuduhan dalam pendengaran kes di Mahkamah Sheriff Dundee di Dundee, Scotland pada Selasa.

Dunn, 25, dari Comrie Crescent, Hamilton, mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan.

Peguam bela, Paul Parker Smith berkata, pembelaan memerlukan masa untuk membuat siasatan sebelum tarikh perbicaraan ditetapkan.

Sheriff Alastair Brown meneruskan kes tersebut pada minggu ini. - Mirror Online

Artikel Lain