suria

Bayi lemas dalam bilik mandi, selepas ditinggal ibu nak tengok pakaian yang dibasuh

Bayi malang itu dikejarkan ke Pusat Perubatan Queen di Nottingham, England. Goto SWNS.com

SEORANG bayi berusia 13 bulan lemas di dalam bilik mandi selepas ditinggalkan ibunya yang mahu memeriksa pakaian yang dibasuh, kurang dua minit, menurut pendengaran inkues.

Oliver Rhodes bergelut di dalam bekas air, dan walaupun bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dilakukan, mangsa tidak dapat diselamatkan.

Inkues yang diadakan pada Selasa di Boston, Lincolnshir di England, memberitahu bagaimana ibu mangsa, Amy Rhodes membawa Oliver dan dua beradik kembarnya berusia dua tahun dan meletakkan mereka di dalam bilik mandi, dalam satu kejadian pada 13 Jun lalu.

Menurut Lincolnshire Live, ibunya meninggalkan bilik mandi tersebut sehingga dua minit untuk memeriksa basuhannya pada mesin basuh, tetapi mendengar jeritan adik-beradiknya.

Ibunya kemudian terkejut mendapati bayinya di dalam air, dan menghubungi talian 999 dan cuba menyelamatkannya di pangkalan Tentera Udara Diraja (RAF) Coningsby, Lincs.

Pasukan paramedik membawa bayi berkenaan ke hospital tetapi malangnya mangsa tidak dapat diselamatkan.

Bayi tersebut mengalami kecederaan otak.

Penolong koroner bagi Lincolnshire, Marianne Johnson membuat keputusan bahawa ia merupakan kematian mengejut.

Memberi keterangan kepada Mahkamah Koroner Boston: "Amy mahu memandikan mereka. Kita mendengar bukti dalam keterangan yang dibuat Amy kepada polis. Puan Rhodes memaklumkan dia membawa anak-anak ke tingkat atas dan meletakkan mereka di dalam bilik mandi.

Polis Lincolnshire berkata, tiada tindakan diambil terhadap keluarga berkenaan.

"Puan Rhodes mahu memeriksa basuhannya dan mengambil lampin.

"Dia percaya anaknya itu dapat mandi sendiri di dalam bilik air. Dia dapat mendengar dengan jelas anak-anaknya menyanyi. Tiada bukti yang menunjukkan sebarang tindakan Amy menyebabkan Oliver lemas.

"Seorang anak kecil pada usia itu boleh lemas dalam masa beberapa saat," tambahnya. - Mirror Online

Artikel Lain