suria

Anak sulung David Beckham tayang awek selepas dicurangi bekas kekasih

Mereka berpegangan tangan di Anugerah Fesyen British. FOTO: Getty

JIKA sebelum ini Brooklyn Beckham hangat dikaitkan dengan Chloe Grace Moretz, kali ini dia dilihat bersama gadis lain pula.

Anak sulung pasangan David dan Vicotria Beckham itu dirakam menghadiri Anugerah Fesyen British dengan gadis berkenaan setelah dia dicurangi Chloe baru-baru ini.

Brooklyn juga mengesahkan bahawa model itu yang dikenali sebagai Hanna Cross adalah teman wanita baharunya.

Mereka kelihatan mesra dan berpegangan tangan di majlis itu.

Hanna merupakan model jelita yang bernaung di bawah tiga agensi iaitu Model Management, The Lions (Amerika Syarikat) dan Premium Model (Perancis).

Dia sebelum ini pernah dikaiktkan dengan Alex Lee Aillon dan Abi Manzon.

Selain pasangan itu, acara berkenaan turut dihadiri David dan Victoria.

Sebelum ini, Brooklyn dan Hana pernah dilihat keluar bersama di sebuah konsert di Arena O2, London.

Selain Chloe dan Hanna, Brooklyn sebelum ini dikhabarkan bercinta dengan penyanyi Ley Panterra selama beberapa bulan.

Dia bercinta dengan Chloe selama tiga tahun sebelum berpisah, pertengahan tahun ini.

Malah, Chloe juga dilihat sudah menemui pengganti iaitu model Playboy, Kate Harrison. - Daily Star.

 

Brooklyn Beckham, Hanna Cross

Artikel Lain