suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahli konspirasi ramal zaman ais bakal bermula tidak lama lagi

Perkara itu didedahkan oleh seorang pakar konspirasi di Youtube. FOTO: Getty

DENGAN usia bumi yang semakin tua, kadang kala banyak kejadian alam yang tidak mampu diterangkan dengan logik akal.

Malah, pakar serta saintis juga berterusan membuat kajian bagi merungkai misteri alam dan mencari jalan penyelesaian bagi fenomena-fenomena yang berlaku.

Jika sebelum ini kita gusar dengan kepanasan melampau akibat pemanasan global, kali ini seorang pakar konspirasi meramalkan zaman ais bakal berlaku, tidak lama lagi.

Fenomena itu dikatakan pernag berlaku berjuta tahun dahulu dan didakwa bakal kembali, menjelang Krismas ini.

Zaman ais berlaku apabila permukaan buma dan atmosfera mengalami pengurangan suhu melampau untuk tempoh yang panjang.

Malah, ribut salji besar juga dijangka melanda Amerika Syarikat pada hujung tahun ini.

Ramalan mengenai ribut salji yang bakal melanda. (FOTO: Getty/ YouTube/ MrMBB333)

Ramalan itu dikeluarkan menerusi saluran Youtube MrMBB333 dengan paparan sisi peta yang dijangka diselaputi salji tebal tidak lama lagi.

"Akan berlaku kelembapan yang tinggi di kawasan yang kurang sistem tekanan.

"Menjelang Krismas, lihatlah salji di tengah-tengah Illnois, dan hujan pun bolhe beku.

"Mungkin salji meningkat beberapa inci, sekurang-kurangnya satu inci setiap setengah jam," ujar pengendali saluran itu.

Tambahnya, salji tebal akan memberi tekanan kepada pokok-pokok serta memberi kesan kepada bekalan kuasa eletrik.

"Itulah yang menyebabkan putus bekalan eletrik," katanya lagi.

Ini bukanlah kali pertama ramalan mengenai zaman ais dikeluarkan.

NASA juga pernah membuat ramalan itu jika benar matahari tidak lagi memiliki kepasanan seperti sebelum ini.

Zaman ais mini juga dijangka melanda Britain. - Daily Star.

Zaman Ais, Kosnpirasi, NASA, Krimas

Artikel Lain